CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 17 January 2009

SELAMATKANLAH UMAT ISLAM PALESTIN...

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Thursday 15 January 2009

Tazkirah Remaja: Usah buang masa remaja

rencana drpd harian metro

Tazkirah Remaja: Usah buang masa remaja

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SAAT paling manis dalam kehidupan ialah waktu remaja. Semuanya indah dan berseri. Badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas dan sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.


Justeru, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.

Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja Ashabul Kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara, leka dunia, mereka teguh lari menyelamatkan iman.


Menurut riwayat, ada kalangan mereka agak rock, ada yang beranting-anting, bersubang dan berambut panjang tetapi roh agama membuatkan mereka tidak hanyut dalam kelekaan.


Begitu juga Saidina Ali dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah, tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.

Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.

Antara sebab remaja sanggup membuat apa saja, asal seronok kerana mereka fikir remaja hanya sekali saja, bersukaria sepuas-puasnya.

Peluang hanya sekali saja. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.

Remaja bukan sekali. Remaja sebanarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga. Yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.

Kenapa kita mudah tetipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan yang ingin mengajak dan meramaikan penghuni neraka.

Ini sebenarnya juga berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit lumba haram, kita berasa mereka sangat seronok.

Tanpa fikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, yang kononnya seronok. Akhir sekali, itu sajalah kita seronok dan selepas itu merana sepanjang hidup.

Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama ‘free love’ membawa ‘free sex’ terasa seronok terus mengidam.

Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah, malah pelbagai penyakit dan risiko.

Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.

Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan. Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.

Betul sungguhlah ajakan syaitan, iaitu muda hanya sekali dan bererti mereka hanya muda di dunia saja. Tidak dapat mereka menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.

Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang wajah dan watak mereka, selepas bekerja dengan tekun bila terdengar azan Zuhur mereka bergegas ke tempat solat, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah, berzikir berdoa tak lekang di bibir.

Selesai solat, sambung kerja dengan tekun dan tenang. Bila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah ulangi lagi kemanisan beribadah. Wajah berseri rumah tangga bahagia badan pun sihat. Di syarikat kadangkala golongan ini menjadi ikutan.

Pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran penuh adab sopan.

Mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, sekali ketika di dunia, kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka dapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Taat kepada ibu bapa boleh hindari bahaya

coretan drpd harian metro dr ustaz zawawi yusoh

ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):


"Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab:

  • Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan sesuatu bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang musyrikin.

  • Taatlah kepada-Ku dan dua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.



  • Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

  • Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau derhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagungkan nama-Ku.

  • Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

  • Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

  • Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

  • Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

  • Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

  • Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.

    Kemudian Rasulullah bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku."
  • Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

    Monday 12 January 2009

    KEKEJAMAN YANG TERUS BERLAKU

    L anjutkan!!!!!!!!!



    Wahai Saudara Islam Ku
    Anak ini mencuba unt
    u k menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

    Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
    Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

    Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.









    "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
    (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

    Surah al fil:
    "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
    "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
    "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"

    Lipat gandakan doa ini
    .

    Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

    Tuesday 6 January 2009

    CINTA DAN SUKA????

    CINTA DAN SUKA

    "Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu)dalam kebanyakan waktunya."

    CINTA DAN SUKA

    Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
    Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku, Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta, Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila
    orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata.

    Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, *Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka..

    NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu.


    Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives